Saturday, May 15, 2010

MANGSA-MANGSA CINTA

Assalamulaikum sahabat, umur panjang kita jumpa lah lagi kan, kali ni sahabat tajuk tulisan aku lain sikit, maaf ye kalau sahabat tak setuju dengan tajuk tu, aku harap sahabat sentiasa sangka baik pada tulisan-tulisan aku ye?, selagi aku ada nyawa ni ingin juga aku berbakti dengan notebook lama aku ni dengan berkongsi pendapat.

Ini adalah kisah nyata yang dipetik dari buku "Dhahayal Hubb" (Mangsa-Mangsa Cinta) oleh Yusuf al-Haj Ahmad, Penerbit Maktabah Ibnu Hajar (2004). Semoga sahabat –sahabat dan kawan-kawan aku semua boleh memetik sesuatu yang baik selepas membacanya. Kisah ini panjang jadi aku kena lah buat bersiri-siri macam drama Melayu diTV 3 tu. Ok Lah sahabat aku mulakan…………….


HIDAYAH TERPAUT DI GAGANG TELEFON

Telefon berdering... mula-mula perlahan .... lalu semakin kuat ..... sedikit demi sedikit ... pak Mad keluar dari selimut tebal yang menutup separuh tubuhnya.

Deringan itu memaksa pak Mad membuka kedua-dua matanya ... dan melihat jam terletak atas meja di sampingnya ... pukul 2.15 dinihari!!

Sebenarnya pak Mad sedang menunggu panggilan penting. Pak Mad menyangka deringan telefon pada waktu begini adalah panggilan yang sedang ditunggunya ...
Ia pun segera bangkit dari tempat tidur dan mengangkat gagang telefon: “Ya...ya... saya Muhammad!! Assalamu alaikum.”

Sangkaan pak Mad meleset. Itu bukan panggilan yang ditunggunya. Ia mendengar suara seorang wanita. Suaranya lemah-lembut dan terputus-putus:
“Bolehkah kita berbual panjang melalui gagang telefon malam ini?”

Pak Mad terasa pelik dan hairan: “Apa?!! Anda siapa?!!

Wanita itu menjawab dengan suara lembut terputus-putus: “Saya Asywaq.... ingin berkenalan... saya ingin menjalin persahabatan ... saya harap anda tidak keberatan?!!

Persahabatan? Dengan seorang gadis? Pak Mad mula terfikir yang bukan-bukan. Ah tidak...
Tetapi mungkin juga gadis ini dalam kebingungan ... tidak dapat tidur malam ... mengalami gangguan jiwa atau perasaan ... maka ia bermain-main dengan nombor-nombor telefon!!

“Mengapa saudari belum tidur lewat malam begini?!!

Wanita itu ketawa sambil berkata: “Tidur malam? Adakah anda pernah mendengar pencinta tidur malam?! Sesungguhnya malam adalah siang bagi para pencinta.”

Dengan perasaan dingin, pak Mad menjawab: “Saya harap jika anda hendak meneruskan perbualan ... janganlah ketawa terlalu kuat dan suara terputus-putus ... saya bukanlah orang yang gemar dengan perkara-perkara begini.”

Asywaq tergagap sedikit ... kemudian berkata: “Saya minta maaf ... saya tidak sengaja.”

Pak Mad bertanya seakan mengejek: “Siapakah gerangan orang bertuah yang kamu rindu dan cintai?!!

Asywaq menjawab: “Sudah tentu anda.”

“Saya? Bagaimana kamu mencintaiku sedang kamu belum kenal dan belum pernah melihatku?”

“Saya telah mendengar banyak mengenaimu dari teman-temanku di kampus ... saya juga telah membaca sebahagian tulisanmu ... saya kagum dengan penyampaian yang sentimental dan halus ... bukankah terkadang telinga terlebih dahulu rindu sebelum mata.”

Pak Mad berkata: “Kalau begitu beritahu saya terus-terang ... bagaimana anda menghabiskan malam anda?”

“Setiap malam saya berbual dengan tiga atau empat orang pemuda! Saya beralih dari satu nombor ke nombor lain... dari seorang pemuda kepada pemuda yang lain melalui telefon ... saya menggoda yang ini ... ketawa bersama yang ini ... memberi harapan kepada yang ini ... berjanji dengan yang ini ... berdusta kepada yang ini ... mendengar puisi-puisi cinta dari yang ini ... mendengar lagu dari yang ini ... dan begitulah seterusnya hingga ke fajar!! Dan malam ini saya ingin berbual dengan anda untuk mengetahui sama ada anda seperti mereka, atau anda berbeza dari mereka?”

“Dengan siapa kamu telah berbual sebelum menelefon saya?”


... bersambung

No comments: