Monday, May 17, 2010

ADAKAH BERSENDIRI ITU BAIK

Assalamulaikum sahabat, apa kabar semua, tulisan aku kali ini adalah tentang bersendirian, aku teringatkan sahabat aku bila gagal kali kedua dan ketiga dalam mencari kehidupan dia ambil keputusan hendak bersendirian sahaja.Aku harap sahabat aku tu berfikir lah kembali dalam pilihannya itu , TAK SEMESTINYA YANG JAHAT ITU AKAN KEKAL JAHAT.
Ok lah sahabat dulu aku ada ceritakan tentang kisah cinta pantai kali ini aku padukan cerita tu menjadi puisi dan aku hubungkan dengan pengertian bersendirian tu…….

pantai yang sepi...

menanti ombak...

pantai berpasir

juga berkerikil

namun ombak tetap hadir..tetap membadai..

tahu kah pantai..ada pun dikau kerna ada nya ombak

tiada bersendirian kerna ombak senantiasa bersama

lautan mana tak bergelora

pantai mana tiada berombak..

justru itu..bersendirian bukan milik kita

cuma usaha yang memungkin

atau daya untuk melarikan...

tahu kah sahabat..ombak sentiasa mengejar mu dan tetap membadai..
Hidup tak semuanya sempurna.....Ramai yang cerai berai kat luar sana
kenapa mesti berpaut pada kenangan,

sedangkan impian mampu digapai.......
Cinta wanita itu diibaratkan seperti layang-layang.
Bila dikojar ia lari.
Bila ditunggu ia menanti.

Manakala cinta lelaki pulak seperti cermin.
Walaupun ia tidak berbohong.
Namun sukar untuk dipercayai.

kadang kadang.,

jiwa yg terlalu sarat dengan kenangan,

lukanya lambat sembuh...

belajarlah melepaskan....
kenapa nak bersendirian ketika boleh beramai-ramai....dalam kubur nanti bersendirian lah kita.....

Betapa ruginya kita jika tidak memahami kehidupan sebenar. Adakah kita berjaya dengan menyendiri tanpa sebab.

Bagaimana kita dilahirkan ke dunia bukankah untuk mengembangkan zuriat dan beribadah kepada Allah. Siapa yang akan berdoa untuk kita setelah kita mati esok.

Kita perlu kepada kehidupan yang sebenar untuk beribadah kepada Allah. Berusaha dan bekerja seolah-olah kita akan hidup lama dan beribadah dan selalu ingatkan Allah seolah-olah kita akan mati esok hari.

Kalau berteman tapi banyak yang menyakitkan hati, kalau jodoh dicari banyak yang tidak berkenan dihati,,,Jika bersama banyak masalah dan banyak jugak dosa yang dapat, memang lebih baik bersendiri menghabiskan masa mencari ilmu, beribadah dan beramal jariah...Kalau itu memang dah ketentuan NYA
tapi ada kalanya kita perlu juga bersendirian..untuk tenangkan filiran..tapi bukan untuk selamanya

Islam tidak mengajar umat menjadi rahib. Kononnya nak mendekat diri dengan Tuhan, maka kita pinggirkan diri dari masyarakat. Ini adalah konsep yang diajar kepada paderi. Nak kawin puntak boleh.

Islam adalah agama fitrah. Fitrah manusia untuk berkawan dan bermasyarakat.
"Bersendirian lebih baik"??? tiada yang lebih baik pada seorang wanita melainkan punyai suami & TAAT padanya...Pahala seorang isteri berlipat kali ganda bila membuat baik & taat pada suami...

Lebih mudah masuk syurga bagi seorang isteri yang taat pada suami...

"Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh"

"Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 lapis emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 lapis perak."

"Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat."

Pahala begitu tidak ada pada seorang wanita yang tak kahwin & banyak lagi
Rasulullah menyebutkan bahawa wanita yang menjaga solatnya, puasa dan taat pada suami, Allah izinkan dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka.

Bayangkan, betapa indahnya menjadi isteri yang solehah, yang diizinkan oleh Allah masuk syurga dari pintu mana sahaja yang ia suka.
Satu bentuk penghormatan yang diberikan Allah kepada kaum wanita kerana ketaatan mereka kepada suami.

Menjaga adab rumah tangga

Rasulullah menyebutkan bahawa mana-mana wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan masuk syurga 500 tahun lebih dahulu dari suaminya.
Dia akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari. Dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggang kuda yang dibuat dari permata yagut.

Demikian hebatnya pahala menggalakkan suami pergi berjihad, disamping mendapat pujian dari suami, juga akan masuk syurga lebih dari suaminya, dan akan mengetuai ribuan malaikat dan bidadari.
Sungguh mulia kedudukan wanita yang solehah.
Mendapat keredhaan suami

Wanita yang meninggal dengan KEREDHAAN suaminya akan masuk syurga. Demikian janji Rasulullah kepada kita, yakni mana-mana perempuan yang taatkan suaminya, patuh dan setia, apabila meninggal dunia dan suami meredhainya, maka ia DIJAMIN SYURGA...


"Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah."

"Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari & dapat pahala beribadat pada malam hari"

"Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji"

Berapa panjang umur kita? bayangkan kalau ada anak 10 orang...dah 700 tahun solat & berapa banyak pahala haji?...masyaAllah Maha Pemurahnya Allah
"Jika seorang isteri menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya"

"Jika seorang isteri memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa" Diingatkan juga dengan sabda Nabi saw:

Maksudnya: “Sekiranya aku menyuruh seseorang sujud kepada orang lain,nescaya aku suruh isteri sujud kepada suaminya"
Haaa... Dengar tu wahai wanita2 sekelian...
Tapi sebelum kawin tu carilah bakal suami yang tidak tinggal sembahyang, maknanye cari yang berugama la...si suami plak carilah bakal isteri yang berugama juga. Barulah hidup aman damai dan bahagia.


Tapi kenapa ya...masih ramai juga ahli Neraka adalah golongan hawa...nauzubillah...ada riwayat mengatakan 10 nisbah 1 lelaki
Rasulullah s.a.w bersabda......

perempuan isi neraka itu ada 4:-

1.Perempuan yg jahat perkataanya atas suaminya

2.perempuan yg membuat ia akan suaminya barang yg tida kuasa

3.Perempuan yg tak menutup akan dirinya daripada lelaki dan keluar ia drpd rumahnya dgn hal keadaan memakai perhiasan yg kemegahan

4.Perempuan yg tiada baginya cita2 melainkan hendak makan ,minum dan tidur tiada baginya gemar pekerjaan sembahyang dan tiada pula gemar berbuat taat bagi ALLAH dan rasulnya...

Hidup ini singkat umpama jarak azan & solat...bila kita dilahirkan kita diazankan & bila kita mati kita akan disolatkan...Pendek bukan kehidupan ini?

Orang yang cerdik akan selalu INGATKAN MATI & PERSEDIAAN UNTUKNYA...

Ini pula kabar gembira untuk suami...

"Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat"

Berbanyaklah mengajar isteri...
Umat nabi Muhammad umur pendek tapi ganjaran amalan teramat besar...berlumbalah untuk mendapatkan ganjarannya...pesan untuk aku & sahabat semua...

mengapa perlu sendiri jika ader yang sangup menemani....mengapa sangup menangis sorang jika ader yang sangup bersama-sama berkongsi kesedihan itu..........

Renung lah kata-kata ini bila kita sendirian dan di tujukan pada seseorang

Suasana sunyi dan sepi...Bagai mengerti perasaanku
Yang kerinduan kerana ku berjauhan...Dengan dia yang aku sayangi

Rindu ku ini tidak terkata...Walau dibanding seluas lautan
Perasaanku bagaikan di awangan...Beterbangan mencari kasihmu

Hujan oh hujan...Menyirami taman
Taman yang di dalam kekeringan ...Begitu jua cintaku padamu
Hadirmu pengubat rinduku......Kan ku setia menanti
Demi cinta ini
Hati ku sakit tak tertahan lagi..Kasih Sudahnya begini
Cinta murni nan sejati...Kemanakah hala
Yang akan kubawa...Hati sarat luka seribu rindu
Dia yang menanti....Setiaku menunggu

Banyakkan lah bersabar...itu aja yang aku bole katakan.
Selagi nyawa dikandung badan...hidup mesti diteruskan.
Buat la perkara2 yang boleh mengembirakan sahabat.
Contohnya:
1.Bela ikan dalam akurium...tenang jer tengok ikan-ikan itu berenang.
2.Tanam pokok bunga atau sayuran...suka hati bila tengok pokok tu berbunga dan kalau sayur boleh makan hasilnye.
3. Berbual-bual dengan jiran...best, leh kongsi cite lawak.

bersendiri tak semestinya kesepian...kesepian tak semestinya bersendirian\

Dan ingat lah

nakhoda yang baik ialah nahkhoda yang tahu macamana nak menghadapi gelora2 itu bukan yang pandai mengelak dari gelora2 tersebut kerana selagi kita berada di lautan maka tidak dapat tidak kita kan pasti menghadapi gelora2 itu...............

No comments: