Friday, May 21, 2010

MANGSA-MANGSA CINTA (2)

Assalamulaikum sahabat, semuga sihat sejahtera selalu, saya mahukan sahabat sentia gembira dan ceria selalu........berikut ada lah sambungan minggu lepas...bacalah percuma aja tak kena bayar pun

“Dengan siapa kamu telah berbual sebelum menelefon saya?”

Wanita itu terdiam sejenak ... kemudian berkata: “Sebenarnya saya telah berbual dengan Walid ... ia kekasih baru ... seorang pemuda yang kacak ... ia memberiku nombor telefon tadi di pasar ... lalu saya menghubunginya tadi dan berbual dengannya hampir setengah jam.”

Pak Mad bertanya: “Kemudian bagaimana? Adakah kamu telah menemui apa yang kamu cari?”

Dengan nada sedih, wanita itu menjawab: “Malang sekali saya tidak mendapati padanya apa yang kucari dan tidak juga pada pemuda-pemuda lain yang saya telah bercakap dengan mereka melalui telefon atau bertemu dengan mereka ... saya tidak mendapati pada mereka sesuatu yang boleh menghilangkan kehausan diriku dan memuaskan hatiku....”

Wanita itu diam seketika ... kemudian meneruskan: “Mereka semua pemuda yang baru menjejaki umur dewasa yang hanya mementingkan syahwat ... pengkhianat ... pendusta ... perasaan mereka hanya dibuat-buat ... kata-kata mereka berlebih-lebihan ... ia keluar dari hujung lidah bukan dari hati nurani ...

“Kata-kata mereka lebih manis dari madu ... hati mereka adalah hati serigala yang buas ... setiap orang dari mereka hanya ingin melepaskan syahwat kepadaku ... kemudian mencampakkan saya sepertimana mencampakkan kasut buruk ...

“Mereka semua hanya mementingkan diri sendiri, dan saya tidak mendapati pada mereka apa yang saya inginkan.

“Mereka hanya mementingkan kenikmatan dari diriku ... semuanya menyatakan cintanya kepadaku dan tidak mencintai selainku, dan mereka tidak menginginkan isteri selain saya, sedangkan saya mengetahui bahawa dalam hati mereka mengutuk dan mencaciku, semuanya menghujani saya melalui telefon dengan kalimat-kalimat dan kata-kata yang paling indah ... kemudian setelah menutup telefon mereka mencaci dan menyumpah saya dengan kata-kata yang keji.

“Sesungguhnya hidup bersama mereka penuh penipuan dan kepalsuan, kami saling menipu ... dan saling menyatakan cinta --- tetapi palsu.”

Pak Mad berkata kepadanya: “Jika kamu tidak mendapati apa yang kamu inginkan dari pemuda-pemuda itu, maka adakah logik kamu mendapatnya dariku?!! Saya tidak mempunyai ayat-ayat cinta yang puitis dan kata-kata yang mengkhayalkan, saya tidak mempunyai syair-syair cinta dan puisi-puisi yang indah.”

Wanita itu segera memotong percakapan: “Sebaliknya saya merasakan – dan ramai gadis seperti saya – bahawa apa yang kami cari ada pada orang soleh seperti anda. Kami mencari kesucian dan keikhlasan, kami mencari ketenangan, kami mencari kemesraan dan belas kasihan, kami mencari kejujuran yang keluar dari hati untuk sampai ke hati nurani kami ... kami mencari orang yang mengambil berat pada kami dan menjaga perasaan kami, tanpa memaksud syahwat buruk di sebalik itu ... kami mencari orang yang menjadi saudara yang pengasih, bapa yang panyayang dan suami yang soleh.

“Sesungguhnya kami mencari kebahagiaan hakiki di dunia ini, kami mencari makna kerehatan jiwa, kami mencari kejernihan, keikhlasan, serta pengorbanan.”

No comments: