Saturday, May 22, 2010

HIDUP TAK SELALUNYA INDAH



Aku agak teruja apabila menerima gambar yang diemailkan kepada aku ini. Seorang abang yang keletihan, barangkali lapar dan penat. Tiada tempat berteduh, hanya di tepi tangga kotor. Beralaskan kadbod nipis. Comotnya tak terkira. Namun dalam keadaan demikian, seorang abang masih memangku adiknya dalam dakapannya, tidak rela terbiar.
Setiap hari dengan membaca pelbagai berita menyayatkan hati-buang anak, buang ayah, buang iman.buang kekasih tiba-tiba apabila merenung gambar ini, aku bertanya dalam diri aku. Gambar ini hasil rakaman kamera gambar sesuatu yang benar-benar hidup, lukisan cat air atau lukisan dari hati yang mempunyai nilai hatibudi yang tinggi, kemudian dimanifestasikan dalam lukisan?. Insaflah sahabat kita bertuah dapat hidup dengan ceria, lihat lah di luar sana dan Renung-renungkanlah betapa manusia ini mempunyi nila hati dan budi yang luhur, mengapa kita tidak bertanya dimana nilai hati dan budi kita, manusia berhak mendapat dan mengejar impiannya,tak ada siapa-sesiapa pun yang sanggup merobohkan impian itu melainkan kita sendiri dalam mengejar impian, kita lupa bahawa kita membawa bersama-samanya nilai hati budi yang luhur

.........impian sentiasa ada kalau kita sanggup berkorban, yang merobeknya hanya kita sendiri bukan orang lain.....

No comments: