Friday, May 28, 2010

BENARKAH RAMAI SUAMI MENDERA ISTERI

Benarkah ramai suami mendera isteri
Assalamulaikum, Sahabat,beb,bai dan kawan-kawan semua, semuga anda di rahmati Allah swt sentiasa dan hidup bahagia dan ceria sepanjang masa,

Sebenarnya sahabat,beb dan bai, aku dapat idea menulis tajuk ni dari seseorang kawan yang aku kenal, tapi tak tepat kot cerita aku ni kerana aku tak dapat kesemua masalahnya....dia kuat simpan rahsia beb, jadi aku agak-agak aja lah, kalau tak tepat pun aku harap ianya dijadikan panduan untuk kita fikirkan

Keganasan rumahtangga merangkumi pelbagai aspek..
adakalanya berlaku dikalangan pasangan ustaz dan ustazah..
kenapa masih berlaku??!!
kalau ada yang tanya gini pulak... "sebab mungkin ramai wanita yang kurang siuman kot!" ... macamana nak jawab kan??!!
bukannya sebab lelaki atau perampuan makin ramai tidak siuman tapi mugkin suami atau isteri terlalu ganas membuli pasangan masing2 tanpa ada perasaan tolak ansur.. bila keadaan ini terjadi maka terjadilah peristiwa yang di panggil keganasan rumahtangga.. fikir2 kanlah...

Masa bujang galak sangat bercinta...bila dah kawin mula lah terasa boring.
tengok muka isteri pun naik berserabut macam lah melihat ibu SiTanggang.
perkara ini pernah terjadi pada kawan aku. masa bujang selalu tukar pasangan bila dah kahwin perangai lama terbawa-bawa sekali. cepat bosan dan rasa nak tukar aja isteri baru.

Ini lah dia bila hidup terlalu bertunjangkan hawa nafsu dunia, tipisnya iman dalam diri begitulah jadinya
bercinta berpada-pada... usah serah segala... turutkan hati turutkan rasa..kelak nati badan binasa...
punca keganasan rumahtangga selalunya berpunca dari judi dan dadah.
ia adalah ketagihan.
kalau tak dapat, mula buat bukan-bukan kat isteri.

dan juga puncanya bermula dari suami atau isteri tersebut... terkadang adapun dalam rumahtngga itu, kedapatan suami atau isteri yang mahu jadi ketua dengan menindas suami atau isteri masing-masing...memang tak patut hal ni terjadi kan beb...

dengan sikap yang tak bertanggungjawab ini maka terjadi kes mendera isteri.. atau kes suami didera isteri... kadang-kadang anak turut didera bersama..
salah satu punca keganasan berlaku...

Kehidupan yang serba sibuk dan mencabar....masing-masing suami dan isteri sentiasa sibuk dengan urusan mencari rezeki...badan pun letih,fikiran tertekan...jadi cepat marah...sikit saja yang tak kena antara mereka akan menyebabkan pergaduhan...bila bergaduh berlakulah perang mulut...dari perang mulut merebak ke perang tangan dan kaki.lalu bergusti lah, kalau gusti lembut tak mengapa lah itu best kan..gitulah turutannya kot....mungkin juga tak tepat.

Betul juga tu...kalau tak dapat apa yg diingini mesti dia buat yang bukan-bukan kat isteri dia... maka terjadi kes kegansan umah tangga... seramnya...
lagi satu perempuan yang bodoh takut sangat nak bercerai. konon bergegar arashy la dan apa lagi lah. mereka ni ngaji agama tak habis kot. rela la dok kena pukul .
Yang bergegar arash tu beb kalau bercerai tanpa sebab. tapi kalau dah smpai tahap bergegar otak tu, dah smpai memudaratkan diri, bercerai ajelah.

Lagi satu bab judi dan ketagihan dadah ni...bukan setakat bini dia yang jadi mangsa...oranglain...termasuk ibubapa..,adik beradik,jiran tetangga dan semua orang pun boleh jadi mangsa...kesimpulannya bukan berlaku keganasaan dalam rumahtangga dia sahaja ,rumahtangga oranglain pun diganasinya juga.....

kebanyakan yang takut bercerai tu sebab tak sanggup mendengar cakap2 orang yang mengutuk beb. tapi pelik jugak sebab diri sanggup terus didera.

kadang-kadang tu sebab isteri-isteri ni hanya suri rumah, tak bekerja langsung, jadi takut takde tampat bergantung.

Satu lagi sebab fikirkan nasib anak-anak bila mak bapak bercerai. tapi sebenarnya kalau mak menderita, anak-anak pun tak aman juga.
-Betul tu.kan..tekanan hidup boleh jadi faktor utama kepada keganasan rumahtangga....apabila ada perbezaan pendapat lebih baik bawa berbincang elok-elok...kalau ada unsur-unsur nak jadi perang mulut...salah seorang kena diam dulu...jarang ada penyelesaian yang baik bila berlaku perang mulut....syaitan memang suka cucuk supaya lelaki mudah hilang sabar...perempuan semakin galak mencabar...
termasuk dalam kes dera batin bila si suami atau si isteri tidak memaklumkan pada pasangan kemana mereka pergi berjam-jam menyebabkan pasangan tertunggu-tunggu dan ternanti-nanti dalam keresahan.. setuju ke tidak??!!

Orang Jantan ni suka tengok bola.
Sangup letak poster MU Fan Club kat belakang keta
Minum tea secawan. Lepak kat kedai sampai pagi.
Agaknya pasal terlalu minat dengan bola
perkahwinan pun dia buat macam game bola juga kot.
Sebelum dapat, dikejar ramai-ramai.
Bila dah dapat ditendang kesana kemari.
Kalau keeper tak dapat selamatkan.
GOL, satu kosong.Merana kawan beb.

Secara umumnuya ramai yang tidak memyangka bahawa mereka sebenarnya tidak sengaja melakukan keganasan dan penderaan terhadap pasangan mereka..
Selalunya suri rumahtngga ni kena fikir panjang kalu berpisah siapa nak tanggung dan lelaki pun selalunya bila dah bercerai selalu miss bagi nafkah jadi kena fikir nak tanggung diri sendiri dan anak-anak..Sesetengah lelaki sekarag kurang bertanggungjawab.betul tak beb.
sebab itu kes perceraian tinggi di bandar2, wanita bekerja selalu lebih berani buat keputusan..
betul juga, oleh itu amalkan saling minta maaf sebelum tidur pada pasangan supaya sakit hati pada siang hari itu takkan dipendam hingga keesokannya...
masalah keganasan rumahtangga ni boleh jadi sebab suami isteri dah selesa sangat gaduh, hormat sesama sendiri sudah tak ada, kasih sayang tiap hari berkurang..

tapi ada juga benarnya pendapat ni
ramai lelaki (prmpuan juga) balancing dah lari.
kawalan diri lemah....
otak sangkut...
fikiran tak jernih....
kewarasan merudum....

Rasulullah SAW. bersabda yang antara maksudnya:
“Suami adalah penjaga ( pemimpin ) terhadap kaum keluarga dan ia dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang di bawah jagaannya dan isteri adalah penjaga ( pemimpin ) di dalam rumah tangga suaminya dan anak-anaknya dan dipertanggungjawabkan terhadap orang-orang yang di bawah tanggungannya” ( Riwayat Bukhari ).
Apabila amanah dan tanggungjawab berkenaan dapat di ambil dengan penuh keinsafan menurut kehiduapan Mukmin oleh kedua-dua pihak,
aku percaya masaalah yang diperkatakan akan jadi kecil atau tiada lagi menjadi momok masyarakat masakini.

Mengambil maksud Firman Allah SWT antaranya :
"Lelaki adalah pemimpin (pembela dan pelindung) bagi wanita, kerana Tuhan telah melebihkan yang satu dari yang lainnya, dan kerana suami telah menafkahkan sebahagian dari hartanya." ( 4 An Nisa': 34 )
Yang demikian itu, suami semestinya kreatif dalam mendidik isteri. Allah SWT bekalkan kepada kaum lelaki kekuatan-kelebihan akal yang rasional, tidak terlalu emosional atau mudah didorong oleh perasaan. Lelaki tidak mudah tersinggung berbanding wanita. jika kekuatan akal ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, ditambah dengan kesabaran serta kekuatan jasmani untuk mencari nafkah keluarga, suami akan menjadi pelindung dan pendidik yang berwibawa.

Apabila suami dapat menggunakan kekuatan iman IslamNya lalu menggunakan akal dengan kesabaran yang haq dalam menghadapi ragam isteri sebagai makhluk yang mempunyai sembilan nafsu dan satu akal itu.

Oleh kerana wanita terlalu mudah terusik dengan suasana dan keadaan sekeliling disebabkan fitrahNya mempunyai kelebihan nafsu yang sembilan itu, lelaki hendaklah banyak menggunakan daya fikir berpandukan iman, ilmu dan amalan.
Suami perlu mewujudkan perasaan gembira di dada isteri, demikianlah sebaliknya.

Sembilan nafsu dan satu akal berbanding lelaki hanya satu nafsu dan sembilan akal.
Nafsu bukanlah bermaksud nafsu seks semata-mata, bahkan nafsu yang menyebabkan seseorang itu mudah tidak sabar, mudah prasangka, pemarah, pemboros dalam berbelanja, cepat tersinggung dan sebagainya.
Secara umumnya hasil dorongan nafsu itulah lahir pelbagai perasaan di dada wanita. sebab itu dikatakan juga bahawa sembilan persepuluh daripada diri wanita itu ialah perasaan dan satu persepuluh saja pertimbangan akal.

Sembilan nafsu pada diri wanita yang tidak dapat dikawal boleh menyebabkan kerosakan pada masyarakat dan memusnahkan rumahtangga.
Semua itu perlu dipagari dengan ilmu dan syariat. dengan itu suami perlu memberikan masa lebih untuk belajar sedikit sebanyak ilmu untuk memimpin wanita serta tambah memenuhkan dada dengan ilmu dan pemahaman syariat islam As Sunnah.
Mudah-mudahan itu dapat melahirkan kebijaksanaan dalam mendidik isteri dalam apa juga keadaan yang tentunya ragam isteri yang mencabar kesabarannya dalam waktu-waktu tertentu.

SABAR juga perlu dengan kebijaksanaan harus menyelamatkan suami menurut saja kemahuan isteri, ini akan merusakan iman dan amalan keharmunian rumahtangga yang diredhaiNya.

BIJAKSANA dengan kesabaran harus menyelamatkan suami dari berlaku menurut nafsu sendiri sehingga bertindak ganas yang buikan sahaja membahayakan isteri bahkan dirinya sendiri.

Secara rengkasnya, kehilangan pertimbangan akal dan tidak dapat lagi melihat sesuatu persoalan dengan tenang adalah disebabkan TIDAK DAPAT BERADA DALAM SABAR YANG HAQ ( BENAR ) menurut kehidupan seorang Muslim Mukmin.

Dengan yang demikian; sangat penting suami atau isteri hendaklah bersungguh berlajar menjadi seorang Muslim Mukmin yang dapat menjaga iman dengan ilmu dan amalan yang di SunnahkanNya dan bukan mengambil contoh dikalangan musuh Islam sama ada dari syaitan jin mahupun syaitan manusia.
InsyaAllah.

Tak boleh ke..kalu apa-apa2 hal tu kira lebih kurang je, bukan orang lain isteri sendiri kan, memang hukum isteri kena taat pada semua tapi kalau suami redha setakat hal yang remeh temeh ok kot, ada setengah suami tu air dalam nak sejuk nak minum pun panggil isteri padahal masa tu isteri tengah iron baju...terkejer-kejar berlari pergi ambil, timbang rasa lah sikitwahai suami, lain la kalu sama-sama tengah tengok tv..boleh la cakap,

Memang perempuan senang nak masuk surga asalkan taat pada suami dan perintah allah, tapi bukan senang nak puas kan hati suami yang jenis demand tu, dah la sama-sama kerja cari nafkah, so semua kalau buat bersama-sama kan bagus, sejuk rumahtangga kan...hehehe doa tu beb.........
kadang-kadang wanita tanak bercerai dan buat masalah kerana bimbang nasib anak. terutama wanita yg tidak punya keyakinan diri, surirumah dan tiada kehidupan sosial... kawan dsb.

sebenarnya kes keganasan rumahtangga ni, melambangkan tahap pemikiran dan ilmu tentang agama dan hak masing-masing tak tinggi di negara kita. Tambah-tambah pula sekarang tekanan hidup, ekonomi dan masalah sosial makin teruk. mabuk, dadah, maksiat... rumah yang ada benda tu pasti akan panas membahang rasanya.
antara punca:

1. ayah (si suami) yang kaki pukul merupakan seorang kaki pukul isteri, jadi anak- anak terikut perangai ayahnya. aku ada jumpa kes macam ni.
akibatnya :. Anak-anak mangsa dera cenderung untuk mendera. psikologi terganggu.
2. si suami merupakan seorang yang cemburu buta.
cemburu buta tandanya hati kurang bersih
3. si isteri "redha" didera. hatta apabila telah diceraikan pun sanggup rujuk utk kali ke dua... so, yang ni nak salahkan sapa? si suami ke atau si isteri?
ada ke isteri redha didera? rasanya tak redha didera, tapi memang setengah wanita tak boleh hidup tanpa lelaki. dera takpe, asal jangan diduakan.
. yang aku heran adalah, masa bercinta dulu lelaki tu pun dah tunjuk belang, tapi wanita tu masih sanggup untuk berkahwin dengan lelaki tu.
sama sama tak siuman ler..kan beb

tapi semuanya berpunca dari emosi.. tak boleh nak kawal emosi, nafsu amarah tu duduk kat depan,akal guna bila perlu jer..

yang susahnya ramai tidak mengaku panas baran, kalau ada yang tau pun, tak nak mintak bantuan..

tak perlu heran.. wanita dan emosi ni tak boleh pisah. sebab emosi ni juga lahir sifat kewanitaan. sebab takde emosi dipanggil kebinatangan. ramai jadi buta sebab emosi.

panas baran macam malas jugak. penyakit.
Kalau aku katakan keganasan rumahtangga berpunca dari kejahilan, siapa boleh huraikan maksud jahil atau maksud kejahilan rumahtangga??!!

Isu ini berlaku disekeliling kita, adakah kita perihatin??!!

Bila manusia jauh dari agama Allah ini, bukan rumahtangga sahaja. Semua benda rosak. Pendidikan, politik, ekonomi, sosial, pergaulan.........

Bahkan amalan ibadat yang khusus pun rosak. Iman bercampur syirik. Solat - kyusuknya tiada. Puasa - gigi puasa, lidah tak puasa, hanya lapar dan dahaga. Zakat - dianggap denda. Haji - melancung dan utk tambah title sebelum ultimate title : Allahyarham.

Setakat ni aja lah ye kawan-kawan, sahabat bai dan beb nanti kalau ada masa aku sambung lagi...itu pun kalau aku sihat

No comments: