Tuesday, June 1, 2010

Response seorang Isteri

Assalamulaikum sahabat, semuga ceria dan bahagia selalu,
Kali ni sahabat aku nak paste kan kat blog aku tentang response seorang isteri yang namanya aku rahsiakan.Dia memberikan response seperti di bawah

Jika ditanya kepada isteri-isteri tentu lah jawapannya ya tetapi jika ditanya kepada para suami sudah pasti jawapannya tidak. Pada isteri (yang melihat dari luar) dikatakan didera.
Pada suami (melihat dari diri sendiri) dikatakan mengajar atas alasan yang berbagai.

Saya tersentuh dengan ayat isteri 'redha' didera. Sebagai perempuan yang bergelar isteri saya sediri mengakui 'redha' didera. Atas alasan 'apa lagi yang boleh saya lakukan selain dari redha'. Benar akhir-akhir ini ramai baik lelaki mahu pun perempuan ramai yang kurang siuman. Siuman kah namanya kalau sanggup diseksa dan sanggup menyeksa manusia yang menjadi teman tidur. Bagaimanapun 'redha' itu ada syaratnya yang lelaki tidak pernah ambil tahu ataupun pura-pura tidak tahu.

Perempuan 'redha' kerada dia tidak punya kuasa untuk menentang. Ditentang secara kasar dikatakan kurang ajar, ditentang secara halus dikatakan nusyuz. Ditentang secara undang-undang, pengamal undang-undang awal-awal lagi akan mengatakan 'kalau awak bawa kes ke mahkamah pun tak akan menang'. Meminta cerai dikatakan bergegar Tiang Arasy.

Ada pula lelaki yang tahu senjata paling tajam untuk digunakan ke atas perempuan adalah 'anak'. Perempuan lebih rela kehilangan suami daripada kehilangan anak. Maka 'redha' lah perempuan jiwanya didera. Bukan sahaja jiwa malahan fizikalnya juga didera semahu-mahunya. Itu belum dikira dari segi kewangan. Penat untuk difikirkan segalanya.

Lihat situasi jika berlaku sebarang perceraian apatah lagi suami memberi syarat, jika ingin bercerai anak-anak hendaklah diberikan kepadanya atas alasan seorang ibu tidak akan mampu memelihara anak-anaknya. Sebaik sahaja bercerai, si suami akan mencari isteri lain untuk menjaga anak-anaknya atas alasan tidak dapat menjaga sepenuhnya kerana perlu bekerja mencari nafkah. Sebaliknya perempuan akan serta merta memikul tanggungjawab sebagai 'ibu' dan 'ayah' kepada anak-anaknya (andai bernasib baik mendapat hak penjagaan anak). Bukan tidak ada lelaki yang menjadi 'ibu' dan 'ayah' tetapi bilangannya terlalu sedikit dan sebaliknya.

Berapa ramai juga isteri yang sanggup di gantung tidak bertali kerana suami enggan 'melepaskan'nya apatah lagi isteri-isteri yang berkedudukan dan berwang. Kadang-kadang salah perempuan juga, bila mempunyai kedudukan, terlalu sombong dan bongkak kononnya mampu 'memberi makan' suami dan anak-anak. Tidakkah mereka (perempuan) sedar bahawa fitrah lelaki mempunyai ego yang paling tinggi (jika tidak lelaki tidak pula dipilih sebagai 'ketua' keluarga) dan pantang baginya sebagai lelaki bila egonya dicabar.

Hidup sebagai suami isteri harus saling 'memberi' dan 'menerima' sebagaimana difitrahkan kejadian pasangan-pasangan di muka bumi ini. Menjadi manusia adalah sebaik-baik kejadian. Perempuan itu dijadikan Allah (s.w.t.) dari tulang rusuk lelaki yang seharusnya berdiri di sisi. Wahai lelaki janganlah dipijak tulang rusukmu dan perempuan berdiri mu cuma layak di sisi bukan di atas kepala.

Sekian buat kali ini........dari leomin 7744

No comments: