Sunday, June 27, 2010

SYAFAAT NABI UNTUK SELURUH UMAT (2)

Assalamulaikum, sahabat dan rakan-rakan semua, semuga sahabat rakan-rakan di berkati Allah s.w.t selalu

Berikut aku tuliskan sambungan tulisan yang lepas, dan sahabat baca lah dan fahamkan betul-betul.

Iman al-Bukhari meriwayatkan daripada Ibn Umar r.a.. “ Pada hari kebangkitan semua umat manusia berlutut, setiap umat akan mengikuti seorang nabi dan berkata kepadanya,”wahai polan tolonglah kami.” Nabi it uterus menolak, hingga merka mendatanggi Rasulullah s.a.w. maka pada saat itulah, Allah s.w.t menempaktan Baginda di al-Maqam al-Mahmud(makan yang terpuji)
Abu Hurairah dan Anas bin Malik meriwayatkan hadis ini dengan lebih terpeinci sebagaimana yang terdapat dalam Sahih al-Bukhari dan Muslim.Ringkasnya semua manusia mula-mula akan mendatanggi mabi Adam, kemudian Nabi Ibrahim, Nabi Musa hingga Nabi Isa a.s. Namun semuanya tidak berani meminta kepada Allah s.w.t. untuk memulakan hisab.
Semua manusia kemudiannya akan menemui Nabi Muhammad s.a.w. Baginda segera bersujud di bawah Arasy sambil memuji Allah s.w.t. dengan berbagai pujian yang Allah s.w.t. ilhamkan kepadanya.
Beberapa lama kemudian, Allah s.w.t berfirman kepada kekasihnya anntaranya yang bermaksud ; ..’Wahai Muhammad, angkat lah kepala mu.Mintalah, maka engkau akan diberi. Dan berkan lah syafaat,maka syafaat mu akan diterima.” Pada saat itu lah, rasulullah s.aw. meminta agar Allah memulakan hisab untuk umatnya.Allah s.w.t.,Raja hari pembalasan segera memakbulkan permintaan tersebut.
Demikianlah syafaat terbesar yang hanya dimilikki oleh Rasulullah s.a.w., namun selain syafaat ini, baginda terus diizinkan untuk memberikan syafaat bagi menolong setiap umatnya yang memerlukan bantuan.Dalam hadis al-bukhari dan Muslim daripada Anas bin Malik, baginda bersabda bermaksud:..”Setiap Nabi memilikki doa yang pasti Allahs.w.t. kabulkan, dan aku menyimpan doa tersebut sebagai syafaat untuk umat ku di akhirat nanti”.
Syafaat ini diperlukan kerana Rasulullah s.a.w. memilikki bilangan umat yang palin ramai jika dibandingkan dengan umat nabi-nabi yang lain., dan tidak semua orang daripada umat baginda yang mencapai kesempurnaan amal.Ramai antara mereka yang terjatuh kedalam lembah maksiat terutamanya kerana mengikuti dorongan hawa nafsu.
Imam al-Hakim meriwayatkan bahawa nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud “ Aku melihat apa yang dilakukan umatku setelahku, mereka menumpahkan darah saydara mereka sendiri, Aku merasa sedih melihat hal ini namun itu telah menjadi ketentuan Allah s.w.t. sebagaimana yang terjadi pada umat-umat lainnya.Aku meminta kepada Allah s.w.t agar di izinkan untuk member syafaat bagi mereka pada hari kiamat, Allah lalu mengizinkannya.”
Baginda terus meminta kepada Alahs.w.t. untuk mengeluarkan setiap orang daripada umatnya yang berada dalam neraka sehingga tidak seorang pun yang tertinggal di tempat itu.Allah s.w.t. mengmakbulkan syafaat Rasulullah s.a.w. sebagai perwujudan janjinya yang maha besar, ‘ dan kelak Tuhanmu pasti memberikan kurnianya kepada mu sehingga kamu menjadi puas.”(surah al-duha 93: 5)
Al-Qadhi iyadh menyebutkan beberapa bentuk syafaat yang nabi s.a.w. berikan kepadaumatnya.Antaranya memasukkan sebahagian umatnya ke dalam syurga tanpa hisab,, mengangkat darjat sebahagian yang lain, menyelamatkan mereka dari neraka bagi orang yang telah diputuskan untuk masuk kedalamnya, juga mengeluarkan sebahagian yang lain dari neraka setelah mereka memasukkinya.
Semua syafaat Rasulullah yang berbagai bentuk itu akan member manfaat kepada semua umat baginda tanpa terkecuali..Umat baginda ialah setiap orang yang pernah mengucapkan kalimah syaahadat dengan ikhlas kerana Allah s.w.t.
Dalam sahih al-Bukhari, Abu Hurairah bertanya Rasulullah s.a.w., “ Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berbahagia sengan syafaat mu?”
Mendengar soalan itu baginda menjawab:…”Aku sudah mengagak bahawa engkau akan menjadi orang pertama yang bertanya tentang perkara ini,Kerana kecintaaan kamu kepada hadis-hadisku, sesungguhnya manusia yang paling berbahagia dengan syaffat ku pada hari kiamat nanti ialah orang yang pernah mengucapkan syahadat” Tiada Tuhan Selain Allah” dengan ikhlas dari dasar hatinya”
Imam al-Tirmizi meriwayatkan hadis daripada Anas bin Malik yang bertanya kepada Nabi s.a.w.” Dimanakan aku harus mencari tuan nanti untuk meminta syafaat”…………baginda menjawab:..”Cari lah aku di titian sirat”
Anas bertanya lagi ‘ Kalau aku tidak menemukan tuan di titian sirat?”…………..baginda menjawab:..”Carilah aku di tempat penimbangan amal”.
Anas bertanya lagi:…”Kalau aku tidak menemukan tuan di sana”. Rasulullah berkata:..”Cari lah aku di telaga, sesungguhnya aku pasti hadir di salah satu daripada ketiga-tiga tempat ini.”
Jelas lah bahawa Rasulullah akan selalu hadir di tempat-tempat yang sanggat memerlukan sepanjang proses hisab.
Setelah menegtahui hakikat ini, selayaknya bagi setiap Muslim b erasa diri mereka telah banyak melakukan dosa, maka selalulah mengharapkan banttuan dab syafaat Rasulullah s.a.w, jestru usahakanlah dengan memperbanyakkan amalan sunah, semuga menjadikan kita layak mendapat syafaat Baginda,
Dalah Sahih Muslim menyebut hadis daripada Abdullah bin “Amr, Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud:
“Jika kamu mendengar seruan muazan, maka ucapkanlah seperti ucapannya, lalu kamu berselawat kepada ku satu kali, maka Allah s.w.t akan berselawat untuknya sepuluh kali. Kemudian minta lah wasilah untukku, sesungguhnya demikian itu ialah satu tempat di syurga yang tidak patut di diami melainkan seorang hamba Allah s.w.t. sahaja dan aku berharap aku lah orangnya, sesiapa yang meminta wasilah untukku, maka ia pasti mendapat syafaatku”

………………sekian…………..