Saturday, July 3, 2010

Waktu solat dan Warna Alam

Assalamulaikum sahabat.Apa kabar semua,aku harap semuanya sihat dan ceria selalu dan sentiasa dirahmati Allah s.w.t.

Pada kali ini sahabat dan rakan-rakan semua, aku nak bincangkan tentang warna-warna alam yang selalu kita gambarkan melalui lukisan-lukisan kita, tapi yang buta warna tu aku minta maaf lah.

Sahabat dan rakan-rakan cuba kita perhatikan Alam yang kita tumpanggi ini dari waktu Subuh hingga ke waktu Subuh berikutnya kita akan dapat melihat warna-warna yang mewakilinya pada setiap waktu dan kesannya pada diri kita.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga Alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sahabat dan rakan-rakan pada waktu Subuh Alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu warna biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Sahabat dan rakan-rakan warna alam seterusnya berubah kepada warna Hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna Kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat waktu Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Cuba kita lihat orang yang tengah sakit perut ceria tak ? ini sebagai contoh mudah.

Kemudian warna alam akan berubah lagi kepada warna Oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ini ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal waktu Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, warna alam berubah lagi kepada warna Merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah …(ingat tak pesanan ini waktu kita zaman kanak-kanak dulu). Ini kerana spektrum warna alam pada waktu ini menghampiri frekuensi Jin dan Iblis (infra-red) dan ini bermakna Jin dan Iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Sahabat dan rakan-rakan aku nasihatkan pada kelian yang sedang memendu dalam perjalanan seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la kan bagus tak tertinggal waktu.) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna Merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.


Apabila sahaja masuk waktu Isyak, warna alam akan berubah lagi ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.Waktu ini alam sedang berada di dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, warna Alam akan mula bersinar kembali dengan warna Putih, Merah jambu dan seterusnya Ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah sahabat dan rakan-rakan secara ringkasnya perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya dan mengejar kemewahan dunia
…………..cuba kita renung-renungkan …….